Struktur stesen Stesen_keretapi_Tanjung_Malim

Stesen ini terletak dilalui oleh tiga batang landasan dengan tiga platform. Selain kemudahan tiket dan kemudahan asas, stesen ini dilengkapi ruang untuk penghuni pentadbiran, serta "kiosk" dan jejantas tambahan (yang digabungkan dengan jejantas untuk pengguna Komuter sahaja) bagi pejalan kaki yang hanya mahu melintas landasan. Stesen ini juga menyediakan kemudahan asas untuk penumpang kurang upaya. Pintu masuknya di timur laut menghadap jalan cabang yang membawa ke arah barat ke pusat bandar Tanjung Malim.

Satu platform sisi dan satu platform tengah stesen ini ditetapkan sebagai Platform 1 (bersempadan dengan bangunan stesen utama di barat, untuk menaiki kereta api ke arah utara), Platform 2 (di timur, untuk menaiki kereta api ke arah selatan), dan Platform 3.

Platform
1■Laluan Pantai Barat(Down)Arah Kuala Lumpur Sentral dan Woodlands Train Checkpoint
2■Laluan Pantai Barat(Up)Arah Ipoh dan Butterworth
3■Laluan Pantai Barat(Up)Arah Ipoh dan Butterworth